SAKAI DOT COM'S CREW

kawan-kawan

Sunday, October 31, 2010

KEM MOTIVASI SEMURNI ZAM-ZAM SMK BANGSAR


pada 30.10.2010 seramai 10 sayang dan 9 kasih dari kelas 4 setia menaiki pesawat KRJ 301010 selama 2 hari 1 malam . mula2 pendaftaran dapat barang free , shampoo sunsilk , sabun dan fail . lepas makan nasi lemak yang makcik kantin sediakan , semua hantar barang then masuk dewan . dalam dewan mulalah sesi kem ini . kem ni dikendalikan oleh abang din dan pak ngah sambil dibantu oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator , antaranya ialah abg baim , abg wan , abg kp , abg k , pak teh , abg amar , kak yong , kak anum , kak anis , kak gapi dan kak aisyah . mula-mula macam biasalah sesi perkenalkan diri , tak kenal maka tak cinta kan ? oke then , pak ngah dan abg din yg name sebenarnye syafiq beri kami syarat2 dalam penerbangan kami . aktiviti pertama ialah ARMY YELL . group paling smart group salleh . then tag line paling kelakar "saya sayang awak semua" by aiman . lepas army yell kitorang dapat rehat . lepas rehat dan solat zuhur , start sesi kedua . TENTANG SAHABAT . ade yang menangis ade yang ketawa . lepas tu solat asar then minum petang . and then sesi ketiga . sayang dengan fasi lelaki dan kaseh dengan sesi perempuan . buatlah ape yang abg-abg dan akak-akak suruh . selepas itu , deowang bagi rehat dan masuk balik dewan untuk solat maghrib . then makan malam lepas tu masuk dewan dengar tazkirah . kali ini sesi ketuhanan pulak . pendekatan diri ke arah islam . lepas tu solat isyak . lepas solat isyak pakteh bagi ceramah lagi . beri pendedahan tentang agama islam , ketuhanan . lepas tuh kaki ditutup mata dan deowang buad macam dalam alam barzakh . memang menakutkan . ramai yang teresak-esak menangis . betul2 terasa macam di alam barzakh . dengan bau kapur barus yang deowang renjis kat kitorang memang betul2 menakutkanlah . lepas tuh bukak mata aje tengok ade kubur depan mate . membuatkan kteowang insaf seketika .

the day after .
lepas solat subuh dan sarapan , kiteowang lepak kat kelas 2budiman . time ni hanya buat aktiviti sempoi-sempoi je . singing and dancing . then slot bersama abg din . pasal usaha , kejayaan dan perubahan yang baru . lepas tu , abg din cerita pasal ibu bapa kitorang yg berada di dewan . time nie sume dah gelisah , takut nak jumpa mak bapak . lepas tu kitorang diberi satu kad . abg din minta kitorang tulis luahan perasaan kitorang pada ibu bapa kitorang . time ni semua dah meleleh , lagi-lagi dengar cerita abg din plus lagu lafaz yang tersimpan . sayang-sayang pun tewas jua . then lepas habis tulis surat , tibalah masa deowang lepaskan kiteowang kat parents kiteowang . time nie siapa yang parents tak datang memang sedih gila la . kebanyakan sayang dan kasih dak klas 4setia parents deowang tak datang . masa masuk dan tengok muka-muka parents yang ada kat situ semua dah rasa sedih sangat . pak teh pon lepaskan kitorang kat parents2 kiteowang . yang takde parents semua dah terduduk menangis bersama rakan-rakan . then cikgu-cikgu pergi kat kitorang tenangkan kiteorang . cikgu azlina pun ade sekali . time nie kasih dak kelas 4setia lagi meraung bile nampak cikgu azlina . betapa rindunya kami pada cikgu . tambah-tambah lagi tengok budak-budak lain tengah peluk dan cium parents deowang . lepas tu , pak teh minta sesapa tuk luahkan perasaan mereka . adalah beberapa orang yang beerani ke hadapan untuk meluahkan perasaan mereka . then sesi penutup . YDP PIBG SMK Bangsar , pengetua dan wakil IKRAM lembah pantai berucap . selesai pengetua menutup tirai majlis , abg din minta kasih dan sayang bersalam-salam dengan fasilitator . then sesi autograph and bergambar . *gambar will upload later on facebook* sikit je ta banyak . lepastu makan dan bersurai .

special dedicated to all fasilitator :
terima kasih banyak-banyak pada abang-abang dan kakak-kakak fasi . kitorang enjoy sangat kem ni . we will remember all the moment that happened in the camp . dan minta maaf sangat-sangat kalau ada terguris hati or memeningkan kepala abang dan akak fasi semua . we love you all . insyaAllah bertemu lagi di syurga . :)

No comments: