okeokeoke , mari teruskan .
first day sekolah , wahh penad gilee panjat tangga sampai tingkat atas sekali . almaklumlah , kelas 5 Setia dah naik pangkat kena duduk atas sekali . badly tired oke ! kepada yang berangan nak slim kan badan tuh memang sangat pasti akan slim dalam masa 3 bulan . tak percaya kita tengok 3 bulan akan datang oke . haha . al-hamdulillah , dapat jugak kitorang kelas yang besar sangat . memang cukup besarlah untuk kitorang yang hanya berjumlah 24 orang ni , lepas 2 orang sahabat kami pindah , iaitu NOR ZAFIRAH dan NURUL FATHIHAH . good luck girls kat sekolah baru nanti . kami sentiasa akan mengenang korang . jangan risau , korang takkan dilupakan . *sahabat sentiasa dihati kan . oke , sambung cerita . dimana kita tadi ? hmm , oh yaa , buad pengetahuan anda semua kitorang memang beruntung sangatlah tahun ni . sebab kalau diikutkan kitoranglah yang paling selesa gila lah duduk dalam kelas . daripada kelas lain yang sama besar je ngan kelas kitorang kena duduk dalam bilangan yang sangat banyak , about 35-45 people in 1 class . bayangkanlah kalau rajin .
oke kitorang dapat jadual yang sangat packed . ada satu hari tu , mathematics and add math dalam satu hari . iyeehh , berbaloi-baloi . and then , pjk hari jumaat . memang terbaik wokk . rasanya lepas nie boleh kira dengan jari berapa banyak kali kitorang dapat turun padang , maklumlah selalunya hari jumaat tu , lepas baca surah yasin , mesti ada je majlis atau taklimat . tapi kira untuk kebaikan jugaklah , takdelah ketinggalan matapelajaran yang penting2 . and , we all still wondering , bilalah boleh dapat jadual baru .
buku ,
sangat penting untuk masa depan , memang betol . dan disebabkan itu , semua cikgu kitorang berebut-rebut promote buku latihan kat kitorang . betul2 saleswoman yang berjayalah cikgu . memang laku gilalah buku yang cikgu promote tu . untung boss kedai buku . takpe takpe , kitorang kaya cikgu , yang tak kaya pon boleh bayar jugak , iyelahh demi nak dapatkan A dalam SPM kenalah berkorban banyak-banyak .
meja dan kerusi yang baru ,
"pelajar yang paling teristimewa je yang dapat meja dan kerusi baru . tahun nie memang cikgu tempah meja dan kerusi baru hanya untuk korang je" ini cikgu yang kata . gembira gilalah kitorang . haha . yang lain jangan jeles oke . kitorang memang jaga gilalah meja kitorang , sampai jiran sebelah pon takleh usik . haha .
oke , banyak benda kitorang kena buad awal tahun nie . memang pening kepala . yelah senior kan . heee . kelas kena hias lawa-lawa . sebab ketua kelas nak tayang muka at atas pentas depan adik-adik time amik plat kelas terbersih setiap minggu . wohoo . then , kitorang ni kan kelas 5Setia , kenalah tunjuk contoh yang terbaik kat adik-adik . kelas lain pon sama . pastuh , ramai antara kitorang terlibat dalam pengawas , pengawas pusat sumber , olahraga , PRS . memang penad lah . dan itu memang gile-gile pentinglah untuk markah kitorang untuk isi borang masuk U nanti . jadi , kitorang akan berusaha untuk seimbangkan kedua-dua program kurikulum dan kokurikulum . memang kena work hard and smart thinking .
oke , penad sudah aku menulis bah . aku mau stop disini . oke , papai kawan-kawan . belajar rajin-rajin tau . solat jangan tinggal . Assalamualaikum ~
No comments:
Post a Comment